fb fb fb fb fb

Hanya sehari berlatih bersama, gandingan penerjun Sabah sambar emas

BUKIT JALIL, 20 September - Bergandingan buat kali pertama dan hanya mampu berlatih sehari secara bersama tidak menghalang wakil terjun dari Sabah Gabriel Gilbert Daim untuk merangkul emas acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki di Pusat Akuatik Nasional, di sini, hari ini.

Gabriel pernah meraih pingat perak pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bergandingan bersama Julfaddli Jali, meraih emas selepas mengumpul 317.37 mata.

Meskipun berasal dari negeri sama, Gabriel, selaku atlet kebangsaan menjalani latihan di Bukit Jalil, manakala Julfaddli berlatih bersama pasukan negeri di Kolam Renang Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

“Saya tidak pernah berlatih dengan Julfaddli sebelum ini kerana dia di Sabah, manakala saya pula di Kuala Lumpur bersama skuad kebangsaan.

“Kami cuma ada masa sehari untuk berlatih apabila Julfaddli tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu. Bukan mudah sebenarnya untuk dapatkan persefahaman bagi acara seirama.

“Saya ikut rentaknya dalam latihan. Setiap penerjun ada cara yang berbeza ketika melakukan lompatan, jadi hari ini kami cuba lakukan yang terbaik,” katanya.



Gabriel yakin dengan momentum prestasi sebelum ini beliau mampu meraih pingat pada Sukma kali ini walaupun digandingkan dengan Julfaddli buat pertama kali.

Soh Tze Kang pula gagal mengekalkan kecemerlangan selepas terjunan keempat dengan kutipan mata sebanyak 303.84 dan terpaksa berpuas hati di kedudukan pingat gangsa.

Bagi atlet Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi dan Yong Rui Jie masing-masing meraih pingat perak setelah melakukan terjunan konsisten bagi keenam-enam pusingan dengan hanya ketinggalan 8.97 mata pemenang pingat emas.

Media Baharu