fb fb fb fb fb

Hakim Danish disasar sertai kejuaraan Moto3

Hakim Danish perlu mencapai beberapa KPI untuk beraksi sebagai pelumba Moto3

SEPANG, 2 Mei - Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli diharap dapat menyertai Kejuaraan Dunia Moto3 sebagai pelumba sepenuh masa atau sekurang-kurangnya pelumba wildcard musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif yakin penyertaan pelumba berusia 17 tahun itu mampu menarik lebih ramai peminat ke Grand Prix (GP) Malaysia Oktober depan.

Bagi merealisasikan harapan tersebut, Hakim Danish perlu mencapai beberapa Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam saingan Junior GP dan Red Bull Rookies Cup musim ini untuk mengesahkan tempatnya.

Pelumba kelahiran Terengganu berkenaan pernah mencipta sensasi selepas menjuarai Kejuaraan Asian Talent Cup 2022.

Selain turut meraih podium berganda pada saingan GP Sepanyol Rookies Cup di Litar Jerez bulan lepas. 

JALALUDDIN BIN BAHARIN