fb fb fb fb fb

Haiwan 'groundhog' ganggu sesi latihan pemandu F1

KANADA, 18 Jun- Pemandu Formula Satu (F1) Ferrari, Carlos Sainz terpaksa mengambil tindakan mengelak apabila seekor anjing tanah berlari masuk ke litar ketika sesi latihan rasmi perlumbaan Grand Prix (GP) Kanada.

Detik cemas tersebut dirakam ketika beliau memandu pada tahap kelajuan tinggi di antara selekoh dua dan tiga.

Ketika kejadian tersebut, pemandu Alpine-Renault, Esteban Ocon yang berada didepan sempat mengelak dan memperlahankan pemanduan namun Sainz yang mengekori rapat menyedari situasi tersebut mengambil tindakan sama selepas menyedari kehadiran mamalia tersebut pada saat akhir.

Tindakan pantas dan kemas pemandu Ferrari itu turut disedari pelumba Williams Racing, Alex Albon yang berada di belakang kemudian melencongkan jenteranya dari melanggar anjing tanah itu.

Kejadian haiwan masuk ke litar telah menjadi perkara biasa ketika perlumbaan berlangsung di Eropah.

Pada 2018, pemandu Perancis, Romain Grosjean telah mengalami kerosakan di hadapan keretanya apabila dia melanggar seekor anjing tanah dalam latihannya.-AFP


(Pemandu Formula Satu (F1) Ferrari, Carlos Sainz sempat mengelak susulan kehadiran haiwan 'groundhog' ke dalam litar
perlumbaan semasa sesi latihan rasmi bagi Grand Prix (GP) Kanada)

 

Media Baharu