fb fb fb fb fb

Guardiola puji ketajaman Haaland, sifatkannya sama dengan Johan Cryuff

(Aksi penyerang Manchester City, Erling Haaland pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang
Borussia Dortmund/AFP)

MANCHESTER, 15 September - Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji ketajaman penyerangnya, Erling Haaland yang meledak gol kemenangan ketika menewaskan Borussia Dortmund 2-1 dalam saingan Kumpulan G aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Dortmund terlebih dahulu di depan menerusi Jude Bellingham pada minit ke-56 sebelum John Stone menyamakan kedudukan buat City pada minit ke-80.

Empat minit selepas itu, Haaland yang juga bekas pemain Dortmund musim lalu, meledak gol kemenangan buat City.


(Aksi penyerang Manchester City, Erling Haaland pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang
Borussia Dortmund/AFP)

Menurut Guardiola, jaringan Haaland itu diibaratkan seperti aksi yang sama pernah dipamerkan legenda Belanda, Johan Cryuff suatu ketika dulu.

"Anda mungkin kenal Johan Cruyff yang banyak mempengaruhi pengetahuan saya dalam pendidikan, sebagai pengurus dan segalanya, dia adalah individu yang amat hebat, bagi saya apa yang dipamerkan oleh Erling Haaland sama seperti Johan Cruyff terutama ketika menjaringkan gol," kata beliau.

Kemenangan itu membolehkan City berada di tangga teratas dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Media Baharu