fb fb fb fb fb

GP Monaco: Leclerc catat masa terpantas pada sesi latihan

Pemandu Ferrari Charles Leclerc / Foto REUTERS

MONACO, 24 Mei-Pemandu Ferrari Charles Leclerc yang beraksi di tempat sendiri sekali lagi mencatat masa terpantas dalam sesi latihan ketiga perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Monaco pada Sabtu.

Leclerc, yang memenangi perlumbaan musim lepas daripada petak pertama, mencatat masa terbaik 1 minit 10.953 saat, mengatasi juara dunia Max Verstappen (+0.280) dari pasukan Red Bull, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Lando Norris mencatat masa ketiga terpantas untuk pasukan McLaren, diikuti rakan sepasukan yang juga pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri di tempat keempat.

Lewis Hamilton mencatat masa kelima terpantas, namun melanggar dinding berhampiran kasino pada lewat sesi sehingga menyebabkan bendera merah dikibarkan. Insiden itu dijangka menyukarkan pasukan Ferrari untuk menyiapkan kereta sebelum sesi kelayakan pada Sabtu malam.

Pasukan Mercedes menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan dalam catatan masa.

Ferrari bergelut pada musim ini walaupun telah merekrut juara dunia tujuh kali, Hamilton. Satu-satunya podium mereka tahun ini ialah tempat ketiga yang diraih Leclerc di Arab Saudi pada April.-BERNAMA

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD