ALOR SETAR,28 Mac -Kedah Darul Aman, KDA FC mendapatkan khidmat penyerang import kelahiran Serbia, Milos Gordic bagi memperkuat pasukan hadapi musim baharu Liga Malaysia.
Gordic, 31 tahun, sebelum ini beraksi bersama kelab dari China, Wuxi Wugo FC.
Sementara itu, KDA FC dalam satu kenyataan yakin, pemain berketinggian 1.87 meter itu mampu menjadi pemain penting buat pasukan.
Gordic meledak 31 gol dan 10 bantuan jaringan dalam keseluruhan 131 penampilan sebagai pemain.
Dia merupakan import keempat skuad Sang Kenari selepas Sukhrob Nurulloev dari Uzbekistan; Sony Norde dari Haiti; dan Habib Haroon dari Bahrain.