fb fb fb fb fb

Futsal NSDF 2024 : Malaysia tewas tipis

Foto FB FAM

NONTHABURI, 28 Mac - Skuad negara tewas tipis 3-4 kepada Australia dalam aksi terakhir kumpulan Kejuaraan Futsal NSDF 2024 pada Rabu.

Pada perlawanan berkenaan, Malaysia bermula garang mendahului dua gol hasil penyudah Ridzwan Bakri dan Syahir Iqbal Khan.

Bagaimanapun, Australia yang mengubah taktikal selepas itu berhasil menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Harith Na'im Nasir dan Adam Cooper.

Aksi longlai ditampilkan Malaysia kemudian dihukum Australia yang menambah dua lagi gol untuk selesa mendahului 4-2.

Enggan mengalah, skuad negara kendalian Rakphol Sainetngam cuba meningkatkan tekanan dan berhasil meledak gol ketiga menerusi Awaluddin Mat Nawi.

Namun tiada tambahan jaringan selepas itu menyaksikan Malaysia terpaksa akur tumpas 3-4.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara berada di dasar kumpulan dengan hanya mampu mengumpul sat mata daripada keseluruhan tiga perlawanan.

Malaysia akan berdepan Afghanistan untuk penentuan tempat ketiga dan keempat, manakala Australia akan berdepan Thailand di final.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD