fb fb fb fb fb

Golf: Suwannarut muncul pendahulu pusingan pertama di Santa Rosa

Pemain golf Thailand, Sarit Suwannarut cemerlang pada hari pertama saingan Siri Antarabangsa Filipina di Santa Rosa, hari ini/REUTERS

FILIPINA, 23 Oktober - Sembilan birdie yang dilakukan oleh pemain golf Thailand, Sarit Suwannarut membolehkannya muncul pendahulu pada hari pertama saingan Siri Antarabangsa Filipina di Santa Rosa, hari ini.

Pemain tersebut menamatkan saingan pusingan pertama kejohanan dengan catatan 8 di bawah par.

Dalam saingan hari ini menyaksikan Suwannarut tidak berdepan masalah untuk mempamerkan pukulan konsisten sepanjang aksi 18 lubang apabila hanya melakukan satu sahaja bogey.

Terdahulu, lima daripada sembilan birdie dilakukan Suwannarut berjaya dilakukan sewaktu aksi sembilan lubang pertama manakala selebihnya pada sembilan lubang kedua.

Ketika ini kedudukan kedua pusingan pertama menjadi milik pemain dari Jepun, Kazuki Higa yang melakukan catatan 7 di bawah par.

Sementara itu, empat pemain berkongsi kedudukan ketiga dengan catatan 6 di bawah par.

Empat pemain tersebut ialah Charles Porter dari Amerika Syarikat dan rakan senegaranya, George Kneiser.

Dua lagi pemain ialah Richard Bland dari England dan Chapchai Nirat dari Thailand. - REUTERS

ZAZALI JAMIAN