fb fb fb fb fb

Gol Nunez bantu Liverpool kukuh cengkaman di persada liga

Penyerang Liverpool, Darwin Nunez/FOTO REUTERS

BURNLEY, 27 Disember- Liverpool kembali merampas kedudukan di persada liga selepas Nunez menjaringkan gol pertamanya selepas dua bulan bagi membantu pasukan berkenaan menewaskan pasukan bergelut, Burnley, 2-0 pada Selasa.

Penyudah sempurna oleh Nunez pada minit ke-6 memberikan pemulaan sempurna buat skuad bimbingan Klopp pada perlawanan yang berlangsung di Turf Moor.

Namun, Liverpool dilihat gagal mematikan semangat juang Burnley sehingga gol kedua diperolehi pada penghujung separuh masa kedua.

Beberapa peluang yang dimiliki Liverpool antaranya percubaan Mohamed Salah yang dinafikan palang gol serta dua jaringan masing-masing oleh Cody Gakpo dan Harvey Elliot yang dibatalkan oleh pengadil memberikan Burnley sedikit harapan bagi bersaing dalam perlawanan berkenaan.

Pasukan tuan rumah, Burnley yang berada pada kedudukan ke-19 liga hampir-hampir menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua ,namun rembatan Bruun Larsen tersasar.

Liverpool berjaya mendapat tiga mata penuh selepas Diego Jota menjaringkan gol pada minit-minit akhir permainan bagi membolehkan pasukan tersebut memintas Arsenal dengan mengutip 42 mata.

Sementara itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata perlawanan tersebut sememangnya sukar dan pasukannya berhak memenangi perlawanan itu.

"Kami bermain dalam perlawanan yang sukar dan kami berjaya memenangi perlawanan ini.

'Ia sesuatu yang sukar dipercayai", kata Klopp kepada Amazon Prime.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD