GEORGIA, 20 Jun - Lionel Messi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-54 untuk membantu Inter Miami menang 2-1 ke atas FC Porto dalam perlawanan Kumpulan A Piala Dunia Kelab.
Dalam aksi di Mercedes-Benz Stadium, di sini hari ini, Porto membuka jaringan seawal minit ke-8 melalui Samu Aghehowa yang menyempurnakan sepakan penalti.
Ia selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan Noah Allen melakukan kekasaran terhadap Joao Mario di dalam kotak penalti.
Messi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-54 - Foto AFP
Miami menyamakan kedudukan hanya 90 saat selepas separuh masa kedua bermula apabila Marcelo Weigandt membuat hantaran lintang ke tengah kotak penalti yang disudahkan oleh Telasco Segovia.
Messi kemudian menjaringkan gol ke-68 dalam kariernya melalui sepakan percuma, sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukannya. - REUTERS