fb fb fb fb fb

Goh Jin Wei, sandaran utama kem badminton wanita pada Sukan Komanwel 2022

(Gambar Fail)

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Pemain perseorangan profesional negara, Goh Jin Wei akui tidak tertekan biarpun diletakkan selaku sandaran utama kem badminton wanita negara pada temasya di Birmingham itu.

Menurut beliau, pemilihannya oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang mengejutkan selepas sekian lama tidak beraksi di pentas antarabangsa.

Meskipun tidak meletakkan sasaran besar, Jin Wei menegaskan perjuangannya dalam membantu kontinjen Malaysia tetap menjadi keutamaan bagi mencapai keputusan memberangsangkan di Birmingham nanti.

Beliau turut bertekad mengembalikan kecemerlangan sama seperti dipamerkan ketika berjaya meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Belia (YOG) Buenos Aires, Argentina 2018.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu kembali beraksi dalam arena badminton bermula awal tahun ini selepas mendapat restu dan persetujuan daripada BAM untuk bergerak secara profesional.

Jin Wei sebelum ini digantung penyertaannya selama dua tahun berkuat kuasa pada 31 Oktober 2021 namun berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda bersama badan induk sukan berkenaan tahun ini.


(Foto Fail)

Media Baharu