fb fb fb fb fb

Budapest: Tze Liang-Yiwei perbaiki pencapaian

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Pemenang pingat emas Sukan SEA ke-31, Ooi Tze Liang-Chew Yiwei memperbaiki pencapaian pada Kejohanan Dunia 2022.

Gandingan itu berjaya menduduki tempat ke-11 pada saingan akhir 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki di Budapest, Hungary semalam.

Pada saingan berlangsung di Arena Duna, Tze Liang-Yiwei tampil dengan terjunan konsisten, mengumpul 337.83 mata pada kedudukan kedua terakhir.

Pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 Wang Zongyuan-Cao Yuan dari China, mengungguli aksi tersebut dengan kutipan 459.18 mata sekali gus meraih emas.

Manakala pasangan Britain, Jack Laugher-Anthony Harding membawa pulang perak, sementara gangsa milik Lars Rudiger-Timo Barthel dari Jerman.

Pada Kejohanan Dunia 2019 di Korea Selatan, Tze Liang-Yiwei berada di kedudukan terakhir daripada keseluruhan 12 pasangan.

(Gandingan itu berjaya menduduki tempat ke-11 pada final 3 meter (m) papan
anjal seirama lelaki di Budapest, Hungary semalam)

 

 

 

Media Baharu