fb fb fb fb fb

Gerrad tinggalkan Al-Ettifaq

Steven Gerrard tinggalkan Al-Ettifaq selepas hanya 18 bulan membimbing pasukan berkenaan./Foto REUTERS

RIYADH, 30 Januari-Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard, telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq, selepas 18 bulan mengendalikan pasukan itu, menurut kenyataan kelab pada Khamis.

Peletakan jawatan berkenaan dibuat secara persetujuan bersama.

Gerrard mengambil alih jawatan itu sejak musim panas 2023 dan telah menandatangani kontrak baharu sehingga 2027.

"Kelab bola sepak Ettifaq dan Steven Gerrard telah bersetuju secara bersama untuk berpisah," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Musim lalu, Al-Ettifaq menamatkan saingan di tempat keenam.

Jurulatih berusia 44 tahun itu meninggalkan pasukan ketika mereka berada di kedudukan ke-12 dalam Liga Pro Saudi musim ini setelah mengalami lapan kekalahan daripada 17 perlawanan.

Sepanjang kendaliannya, Gerrard telah menguruskan 59 perlawanan dalam semua kejohanan, tetapi hanya memenangi 23 daripadanya.

"Dari hari pertama, saya telah disambut dengan baik dan saya menikmati peluang untuk bekerja di negara baharu dengan budaya yang berbeza," kata Gerrard.

"Secara keseluruhan, saya banyak belajar dan ia merupakan pengalaman yang positif secara peribadi serta untuk keluarga saya juga", katanya.-AFP

"Tetapi bola sepak tidak dapat dijangka dan kadang-kadang perkara tidak berjalan seperti yang kita inginkan."-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD