BARCELONA, 22 Sept- Pemain tengah Barcelona, Gavi akan menjalani pembedahan meniskus selepas rawatan lain gagal menyelesaikan kecederaan lututnya, menurut kelab gergasi Catalan.
Pemain tengah berusia 21 tahun itu tidak bermain sejak akhir bulan lalu akibat kecederaan tersebut dan akan menjalani arthroscopy pada lutut, esok.
"Ia adalah lutut sama yang dia mengalami koyak ligamen cruciate dan kecederaan meniskus pada 2023.
“Untuk menjamin pemulihan terbaik dan kembali ke aksi kompetitif, Gavi akan menjalani pemeriksaan arthroscopic pada Selasa,” kata Barca dalam satu kenyataan.
Pada November 2023, Gavi pernah menjalani pembedahan lutut menyebabkannya tidak beraksi selama setahun.
Menurut Barca, tidak pasti berapa lama tempoh yang diambil untuk Gavi bermain semula selepas pembedahan.
Selain itu, Skuad Catalan juga mengesahkan bahawa Fermin Lopez, yang bermain selama setengah jam dalam kemenangan 3-0 ke atas Getafe pada Ahad, telah mengalami kecederaan otot di pinggulnya.
“Dia akan tidak beraksi selama kira-kira tiga minggu,” menurut Barca.
Selain Gavi dan Lopez, beberapa pemain lain seperti Lamine Yamal, Alejandro Balde dan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen turut menerima rawatan ketika ini akibat kecederaan. -AFP
