fb fb fb fb fb

Gauff atasi tekanan, teruskan perjuangan di Terbuka AS

Pemain muda Amerika Syarikat, Coco Gauff meraikan kejayaan memperoleh mata ketika menentang wakil Australia, Ajla Tomljanovic pada pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat 2025/Foto REUTERS

NEW YORK, 27 Ogos - wakil tuan rumah,Coco Gauff memulakan kempen Terbuka Amerika Syarikat dengan kemenangan dramatik ke atas pemain Australia, Ajla Tomljanovic 6-4, 6-7, 7-5 dalam pusingan pertama di Stadium Arthur Ashe.

Pemain berusia 21 tahun itu berdepan tekanan awal selepas berpisah dengan Matt Daly dan melantik pakar biomekanik Gavin MacMillan, yang ditugaskan memperbaiki servisnya.

Gauff bermula goyah dengan deretan kesilapan sebelum bangkit menutup set pertama menerusi pukulan ‘ace’.

Namun, Tomljanovic yang pernah menyingkirkan Serena Williams di gelanggang sama pada 2022 bangkit memperkemaskan permainan sebelum menguasai set kedua menerusi 'tie-break'.

Dalam set penentuan, Gauff hampir terjerat selepas melakukan dua 'double fault' berturut-turut ketika mendahului 5-4, tetapi kembali tenang dan menamatkan saingan dengan pukulan 'backhand'.

Gauff akan berdepan wakil Croatia, Donna Vekic pada pusingan kedua.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD