fb fb fb fb fb

Gagal layak ke Olimpik, skuad taekwondo negara ambil iktibar perbaiki mutu persembahan

Datuk Seri Lau Kueng Chai (tengah) bersama atlet negara yang beraksi pada kejohanan kelayakan Olimpik dan Paralimpik di Tai'an, China

KUCHING, 20 Mac- Gagal mara menempah tiket ke Olimpik Paris 2024 di Tai'an, China dalam peringkat kelayakan tidak mematahkan semangat skuad tekwondo negara untuk mencuba nasib di musim depan.

Penasihat dan Ahli Jawatankuasa Kesatuan Taekwondo Asia, Datuk Seri Lau Kueng Chai berkata ia memberi ruang kepada skuad negara mengukur kemampuan sebenar dalam kejohanan berkenaan.

Beliau berkata, mencuba nasib buat kali pertama menentang atlet yang lebih berpengalaman dari negara luar adalah satu pengalaman berharga untuk meningkatkan lagi kemampuan pasukannya pada masa hadapan.

Katanya, tujuh atlet yang dihantar ke China telah mempamerkan persembahan terbaik walaupun tidak berjaya menembusi kelompok kelayakan.

Persaingan kelayakan yang berlangsung dalam tiga hari ujian itu menyaksikan seramai 325 atlet dan jurulatih dari 32 negara berentap merebut slot kelayakan ke temasya Olimpik dan Paralimpik.

Namun hanya 225 atlet berjaya lolos ke Olimpik manakala 75 lagi untuk Paralimpik.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE