fb fb fb fb fb

Courtois cedera lagi

Penjaga gol utama Real Madrid, Thibaut Courtois / Foto Reuters

MADRID, 20 Mac - Penjaga gol Real Madrid dan Belgium, Thibaut Courtois terpaksa diketepikan selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan lutut pada sesi latihan kelab berkenaan pada Isnin.

Courtois menjalani imbasan MRI pada Selasa bagi melihat tahap kecederaan pada lutut berkenaan.

Pemain antarabangsa Belgium berusia 31 tahun itu dijangka kembali ke skuad Real selepas menghabiskan masa selama beberapa bulan di bangku simpinan berikutan kecederaan ACL di lutut kirinya Ogos lalu.

Real Madrid dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Courtois mengalami kecederaan teruk di lutut dan bakal berdepan dengan Manchester City pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara pada April depan.

Sementara itu, Pengurus Real Carlo Ancelotti berkata bahawa dia optimis untuk tidak lagi mengharapkan kedua-dua pemain iaitu Courtois dan Eder Militao, yang juga mengalami ACL koyak pada Ogos.

Ancelotti turut merancang dua perlawanan persahabatan menentang skuad remaja Real Madrid melibatkan kedua-dua bintang berkenaan semasa rehat antarabangsa sebelum beraksi bersama skuad utama.

"Mereka (Courtois dan Militao) telah mula bekerjasama menyelesaikan sesi latihan biasa," kata Ancelotti di sidang akhbar pada Jumaat.

"Saya fikir mereka akan dapat berjaya (perlawanan pertama menentang City). Malah, ideanya ialah mereka akan tersedia pada 31 Mac, untuk perlawanan LaLiga menentang Athletic Bilbao, tetapi kami tidak akan mengambil risiko", kata Ancelotti.

Courtois menyertai Real Madrid dari Chelsea pada 2018 selepas memenangi dua kejuaraan Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga.

Dia turut dinamakan sebagai Pemain Terbaik dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2022 ketika membantu Real Madrid menewaskan Liverpool 1-0.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD