fb fb fb fb fb

Addeen fokus kedudukan 15 terbaik dunia

Pemain Skuasy negara, Addeen Idrakie / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Pemain skuasy lelaki kebangsaan, Addeen Idrakie berharap mampu melayakkan diri dalam Kejohanan Skuasy Dunia di Belanda Ogos ini.

Atlet berusia 30 tahun itu juga perlu mengekalkan prestasi positif sepanjang tahun ini untuk mencapai sasarannya tersebut.

Selain itu, beliau juga akan memberikan fokus sepenuhnya bagi meletakkan diri dalam senarai 15 pemain terbaik dunia.

"Sasaran saya kali ini adalah 15 pemain terbaik dunia itu fokus utama .

"Saya rasa tidak ada masalah untuk saya ada dalam top 15 cuma saya kena kekalkan prestasi dalam dan saya punya impian utama ialah layak dalam Kejuaraan Dunia itu", katanya ebelum menjalani sesi latihan di pusat latihan skuasy jalan Duta, di sini.

Addeen ketika ini sedang giat melakukan persiapan untuk menampilkan prestasi cemerlang pada kejohanan Terbuka Australia minggu hadapan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD