BASEL, 21 Mac - Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia bermula baik apabila berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan Super 300 itu.
Zii Jia yang menduduki ranking ke-10 dunia menewaskan Su Li Yang dari Taiwan, 21-19, 21-12 dalam tempoh 42 minit di pusingan pertama.
Di pusingan kedua, Zii Jia akan bertemu pemain ranking ke-27 dunia, Srikanth Kidambi.
Kidambi mara selepas mengatasi seorang lagi pemain Taiwan, Wang Tzu Wei 21-17, 21-18.
Seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao pula terpaksa akur terkeluar di pusingan pertama.
Walaubagaimanapun, Jun Hao berjaya mengheret lawannya dari India, Lakshya Sen sehingga set ketiga.
Jun Hao tewas 19-21, 21-15,11-21