(FOTO AFP)
ZANDVOORT, 5 September- Juara dunia Max Verstappen memenangi perlumbaan keempat berturut-turut di Grand Prix Belanda di hadapan penyokong sendiri dengan pemandu Mercedes George Russell di tempat kedua di Zandvoort pada Ahad.
Pelumba Ferrari, Charles Leclerc menduduki tempat ketiga manakala Lewis Hamilton di tempat keempat.
“Saya berbangga menjadi orang Belanda,” kata Verstappen sambil mengambil satu lagi langkah tanpa henti ke arah gelaran dunia kedua berturut-turut.
"Ia bukanlah satu perlumbaan yang mudah. Sungguh luar biasa untuk menang di sini sekali lagi, ia sentiasa istimewa untuk memenangi perlumbaan di tempat sendiri,” tambah Verstappen yang turut dirai oleh barisan kru 'tentera oren'nya.
Juara dunia itu, yang kini berada di puncak kariernya, melebarkan kedudukan dalam senarai pelumba keseluruhan dengan kelebihan 109 mata selepas pusingan ke-15 musim 22 perlumbaan ini.
Leclerc dan Sergio Perez, rakan sepasukannya di Red Bull yang menduduki tempat kelima, menekori dengan 201 mata.
Verstappen, yang turut meraih mata untuk pusingan terpantas, boleh melangkah setapak lagi ke arah mahkota kejuaraan Formula 1 2022 di Monza minggu depan.-AFP
(FOTO AFP)