fb fb fb fb fb

MotoGP: Bagnaia raih kemenangan keempat berturut-turut

(FOTO AFP)

MISANO ADRIATICO, 5 September- Francesco Bagnaia dari Itali memenangi MotoGP San Marino pada Ahad untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dan kini semakin mengekori rapat pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo.

Pelumba Ducati itu menewaskan Enea Bastianini dalam aksi kemenangan mendebarkan di Misano Adriatico yang membezakannya dengan 30 mata daripada penyandang juara dunia Quartararo, yang menduduki tempat kelima.

Bagnaia mendaki ke kedudukan kedua dalam senarai kejuaraan di hadapan Aleix Espargaro selepas pelumba Sepanyol itu menamatkan saingan di belakang penunggang Yamaha, Quartararo.

Pelumba Aprilia Espargaro pula ketinggalan 33 mata di belakang Quartararo selepas dipintas oleh pelumba Perancis itu yang bermula di petak kelapan.

Kemenangan Bagnaia dilihat sangat mengkagumkan kerana dia terpaksa bermula dari tempat kelima selepas penalti grid tiga petak yang dikenakan semasa latihan pada hari Jumaat.

Selepas mendahului pada pusingan ketiga, Bagnaia meninggalkan Maverick Vinales dan kemudian Bastianini, rakan sepasukannya musim depan untuk meraih kemenangan keenamnya daripada 14 perlumbaan GP setakat musim ini.

Rakan sepasukan Bagnaia, Jack Miller yang bermula dari pertama untuk kali kedua dalam karier MotoGPnya, namun menjadi salah seorang daripada lima pelumba yang mengalami kemalangan.

Johann Zarco, Michele Pirro dan Pol Espargaro semuanya terbabas di selekoh pertama, manakala Miller dan Marco Bezzechi satu pusingan kemudian.

Andrea Dovizioso menamatkan perlumbaan MotoGP terakhirnya di tempat ke-12.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu