fb fb fb fb fb

Penyokong JDT diingatkan jaga disiplin, elak provokasi

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah/Foto Facebook danny.hairi

JOHOR BAHARU, 23 Ogos-Peminat bola sepak, khususnya para penyokong Johor Darul Takzim (JDT) diingatkan supaya menjaga disiplin dan tidak mencetuskan sebarang provokasi semasa perlawanan akhir Piala FA, JDT menentang Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), esok.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, ia bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku pada perlawanan itu.

Mohd Hairi optimis JDT mampu melengkapkan hatrik kejuaraan Piala Malaysia pada tahun ini, berikutan status juara bertahan, dan rekod prestasi yang memberangsangkan.

Beliau juga menyeru Bangsa Johor untuk membanjiri SNBJ esok dengan lautan Merah dan Biru kerana ia memainkan peranan penting dalam menyuntik semangat para pemain Harimau Selatan.

Perlawanan akhir Piala FA menemukan JDT dan Selangor FC yang menumpaskan lawan masing-masing di separuh akhir. JDT menewaskan KDA FC 5-1 secara agregat, manakala Selangor FC menewaskan Terengganu FC, TFC 6-4.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga berturut-turut, JDT layak ke perlawanan akhir Piala FA selepas 2022 dan 2023.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD