fb fb fb fb fb

Fergus Tierney sah sertai Sabah FC

Fergus Tierney sah sertai Sabah FC / Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 23 Jun - Sabah FC mengesahkan kehadiran penyerang muda Harimau Malaya, Fergus Tierney, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025/2026.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai pasukan berpangkalan di Borneo selepas menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Liga 2 Thailand, Nakhon Pathom United.

Musim lalu, Tierney berkelana secara pinjaman ke Thailand bersama kelab Chonburi dan Nakhon Pathom sebelum kembali ke pangkuan pasukan asalnya Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tierney yang memiliki enam penampilan bersama skuad Harimau Malaya dengan satu jaringan dijangka memperkukuh barisan serangan Sang Badak musim hadapan.

“Kami amat gembira menyambut kehadiran Fergus ke dalam keluarga Sabah FC. Pengalaman beliau dalam bola sepak Thailand dan JDT, selain keterlibatan bersama skuad kebangsaan, menjadikan beliau aset bernilai buat pasukan,” menurut kenyataan kelab menerusi laman rasmi Facebook hari ini. - BERNAMA

2306 SKN TIERNEY SERTAI SABAH FC 1Biodata ringkas Fergus Tierney / Foto Facebook Sabah Football Club

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE