fb fb fb fb fb

Farriz Fauzy menangi perlumbaan pertama pusingan ketiga Siri Kejuaraan Malaysia

SEPANG, 24 Julai - Pelumba pasukan R Engineering HMRT, Mohamed Farriz Fauzy memenangi perlumbaan pertama pusingan ketiga Siri Kejuaraan Malaysia kategori Stock Production 1 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Pelumba berusia 37 tahun memandu jentera jenis Honda Civic.

Kejayaan itu sekali gus memecah dominasi rakan sepasukannya, Putera Adam yang menguasai perlumbaan pusingan kedua, bulan lalu.

Wakil pasukan R-works, Makoto Fujiwara ketinggalan lebih tiga saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Putera Adam pada kedudukan ketiga, ketinggalan lebih lapan saat.

(Farriz ketika ditemui pemberita)

"Memang daripada lap pertama tadi ada banyak 'potong', ini 'block', ini 'overtake', kemudian kami 'pit', tetapi Alhamdulillah saya dapat masuk 'pit' dengan cepat, dengan tepat jadi keluar juga di kedudukan pertama," kata Farriz di sini.

Sementara itu, pelumba pasukan Hirev Dream Chaser, Mitcheal Cheah tidak berdepan masalah menguasai saingan Kelas Modified Production (MTC).

Pendahulu keseluruhan itu menamatkan saingan dengan kelebihan 9 saat di depan gandingan Mohammad Hayden Mohamad Haikal dan Muhammad Naquib daripada pasukan Wing Hin Motosport.

Media Baharu