PETALING JAYA, 28 Mei- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan senarai akhir 23 pemain Malayan Tigress ke perlawanan antarabangsa Tier 1 Tri-Nations di Thimphu, Bhutan pada 31 Mei dan 3 Jun ini.
Intan Sarah, Ayuna Anjani dan Adrienna Zamzaihiri adalah nama yang dipilih bawah skuad kendalian Joel Cornelli selaku posisi penyerang.
Di bahagian pertahanan, antara yang disenaraikan ialah Juliana Barek, Putri Arissa, Amirah Rahman, Siti Nurfaizah dan Kanchenjeet Kaur.
Posisi tengah pula menyaksikan nama-nama seperti Jaciah Jumilis, Farahiyah Ridzuan, Lyana Soberi dan Fazira Sani.
Manakala penjaga gol membariskan Ezza Ashikin dan Azurin Mazlan.
Senarai nama terbabit dikeluarkan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi FAM.