fb fb fb fb fb

FAM pertaruh pengalaman Elavarasan teraju skuad B-23

KELANA JAYA, 2 September- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Penolong Ketua Jurulatih Kebangsaan, E. Elavarasan sebagai Ketua Jurulatih Bawah 23 tahun Kebangsaan yang baharu.

Jawatan berkenaan kosong selepas FAM pada 13 Julai lalu melepaskan pengendali dari Australia, Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.

Elavarasan akan dibantu Juan Torres Garrido dari Sepanyol sebagai penolong ketua jurulatih.

Jurulatih tempatan, Kris Yong menggalas jurulatih penjaga gol dan dua jurulatih Korea Selatan iaitu Jihyeon Park sebagai jurulatih kecergasan manakala Lee Jeyoon sebagai jurulatih analisis persembahan.

"Pelantikan sebagai Ketua Jurulatih skuad B-23 negara ini selari dengan matlamat kita untuk mencari pelapis bagi skuad kebangsaan. Kita latih pemain muda ini agar mereka dah bersedia untuk ke skuad utama. Ia merupakan satu tanggungjawab yang berat dan mencabar tetapi kita ada barisan kejurulatihan dari Eropah dan Korea Selatan untuk kita bentuk bakat muda negara," kata Elavarasan kepada pemberita RTM.


(Ketua Jurulatih B-23 negara yang baharu, E.Elavarasan)

Biarpun telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih B-23, Elavarasan masih mengekalkan jawatan penolong ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Media Baharu