ZAGREB, 30 Disember- Bekas pemain pertahanan Itali, Fabio Cannavaro telah diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Dinamo Zagreb.
Menurut kenyataan rasmi kelab Croatia pada Ahad, pemenang Piala Dunia 2006 dan Ballon d'Or itu kembali ke arena kejurulatihan selepas tempoh singkat bersama Udinese awal tahun ini.
Beliau sempat memimpin Udinese hanya enam perlawanan.
Cannavaro, 51, sebelum ini pernah menjadi pengurus sementara pasukan kebangsaan China dan kelab Al-Nassr di Arab Saudi.
"Karisma, pengalaman sebagai juara, dan keinginannya untuk berjaya menjadikannya calon ideal. Dia memahami pasukan, liga, dan cabaran yang menanti," kata kenyataan Dinamo.
Cannavaro menggantikan Nenad Bjelica, yang dipecat selepas keputusan hambar dalam Liga Bola Sepak Croatia, di mana Dinamo kini berada di tempat ketiga, tujuh mata di belakang Rijeka.
Beliau akan memulakan tugas selepas tahun baharu dengan perlawanan pertama menentang Arsenal pada 22 Januari dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, di mana Dinamo kini berada di kedudukan ke-24, tempat terakhir dalam bahagian 'playoff'. - REUTERS