fb fb fb fb fb

F1: Mekies sedia hadapi cabaran besar di Red Bull

Laurent Mekies / Foto AFP

LONDON, 11 Julai – Laurent Mekies secara rasmi memulakan tugas sebagai Ketua Pasukan Red Bull pada Khamis, menggantikan Christian Horner yang dipecat sehari sebelumnya selepas 20 tahun menerajui pasukan.

Mekies mengakui tugas baharunya bukan mudah dan menyifatkan cabaran regulasi F1 menjelang musim 2026 sebagai antara yang terbesar dalam sejarah sukan itu.

“Ia satu keistimewaan menyertai pasukan ini. Fokus saya adalah memastikan semua tenaga kerja hebat di sini terus cemerlang kerana mereka sememangnya yang terbaik,” katanya.

Red Bull kini hanya di tangga keempat Kejuaraan Konstruktor dan memenangi dua daripada 12 perlumbaan musim ini.

Max Verstappen pula ketinggalan 69 mata di belakang pendahulu, Oscar Piastri dari McLaren, meskipun memiliki kontrak hingga 2028.

Mekies, 48, berpengalaman luas dalam F1 sejak 2001 dan pernah berkhidmat bersama Minardi, FIA serta Ferrari sebelum menyertai Racing Bulls tahun ini sebagai ketua pasukan.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN