SUZUKA, 7 April- Pelumba Red Bull, Max Verstappen menamatkan kemarau kemenangan musim ini apabila menguasai perlumbaan Formula One (F1) di Grand Prix Jepun.
Juara dunia empat kali itu menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 1.4 saat di hadapan pendahulu kejuaraan, Lando Norris.
Ini sekali gus menyaksikan kedua-dua pelumba cuma dipisahkan dengan satu mata.
Rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri melengkapkan podium di tempat ketiga.
Sementara itu, dua pelumba Ferrari, Charles Leclerc dan Lewis Hamilton masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan ketujuh.
Perlumbaan berlangsung tanpa sebarang insiden besar dengan kesemua 20 jentera menamatkan 53 pusingan di litar Suzuka.- REUTERS