MARRAKECH, 7 April- Wakil Itali, Luciano Darderi mengejutkan pilihan utama, Tallon Griekspoor untuk meraih gelaran Jelajah ATP 250, Grand Prix Hassan II di Marrakech, Maghribi.
Dalam aksi akhir berkenaan, permainan cukup sengit, diheret sehingga dua kali "tie-break".
Darderi, pilihan ketujuh raih kemenangan berharga dengan keputusan 7-6, 7-6.
Ini merupakan gelaran ATP kedua buat Darderi.
Sebelum ini, dia menjulang trofi pada terbuka Cordoba 2024.
Malang buat Griekspoor, yang terlepas kejuaraan ATP pertamanya sejak 2023 dan ketiga secara keseluruhan.
Darderi mengikut jejak langkah rakan senegara, Matteo Berrettini, yang meraih kejuaraan Marrakech tahun lepas.
Dia akan naik sembilan anak tangga dalam ranking ATP untuk menyandang kedudukan ke 48.- REUTERS