fb fb fb fb fb

F1: Haas pasukan pertama perkenal jentera pelumbaan musim 2023

(FOTO AFP)

SILVERSTONE, 1 Februari-Haas menjadi pasukan Formula Satu (F1) pertama mempamerkan wajah baharu jentera bagi saingan musim 2023.

Tayangan video digital dalam talian memaparkan jentera Ferrari itu dihiasi dengan warna lebih bertenaga daripada gabungan merah, hitam dan putih.

Ia akan turun di Litar Silverstone buat kali pertama pada 11 Februari ini sebelum menjalani sesi ujian di Bahrain pada 23 hingga 25 Februari kemudian.

Saingan F1 musim 2023 bakal membuka tirai dengan perlumbaan GP Bahrain di Litar Sakhir pada 5 Mac.

Musim lalu, Haas menamatkan saingan di kedudukan kelapan daripada 10 pasukan, lebih baik daripada pencapaian kedudukan tercorot pada 2021.

Musim ini mereka mengekalkan pemandu Denmark, Kevin Magnussen, namun membawa masuk pemandu veteran dari Jerman, Nico Hulkenberg bagi mengantikan tempat Mick Schumacher.


(FOTO AFP)

Media Baharu