fb fb fb fb fb

Sheikh Salman dipilih sebagai Presiden AFC buat penggal ketiga

(FOTO FB theafcdotcom)

MANAMA, 1 Februari-Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)Sheikh Salman Ebrahim mengekalkan jawatannya buat penggal ketiga berturut-turut.

Sheikh Salman yang mengetuai AFC sejak 2013 dipilih pada Kongres Konfederasi yang diadakan di Bahrain.

"Saya mengucapkan terima kasih diatas kepercayaan ahli konfederasi bagi mengetuai persatuan ini bagi tempoh empat tahun lagi", katanya yang menang tanpa bertanding.


Presiden FIFA, Gianni Infantino menzahirkan ucapan tahniah kepada Salman diatas kemenangan tersebut sambil memuji kebangkitan bola sepak Asia khususnya ketika kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

"Secara jujurnya, kejohanan Piala Dunia di Qatar adalah antara kejohanan terbaik yang pernah dianjurkan setakat ini", ujar Infantino.

" Saya fikir agak sukar buat hos Piala Dunia selepas ini untuk sampai ke tahap seperti mana Qatar lakukan", tambahnya lagi.

Kerabat diraja Bahrain itu merupakan calon seteru kepada Infantino ketika pemilihan FIFA pada 2016 lalu.

Sebelum ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berada dalam krisis ketika diambil alih oleh Sheikh Salman susulan penggantungan seumur hidup bekas Presiden AFC terdahulu, Mohamed bin Hammam yang didakwa terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.-AFC




(Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)Sheikh Salman Ebrahim dipilih terajui
AFC buat penggal ketiga/ FOTO FB theafcdotcom)

Media Baharu