fb fb fb fb fb

NSFC tingkatkan keupayaan penyerang hadapi musim baharu Liga M

(Foto FB Negeri Sembilan Football Club)

SEREMBAN, 1 Februari - Negeri Sembilan FC (NSFC) akan memberi tumpuan untuk meningkatkan keupayaan bahagian penyerang bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Pengurus pasukan, K. Devan berkata bagaimana pun beliau percaya pasukan itu mampu memberi cabaran pada saingan akan datang melihat kepada keserasian dan prestasi dalam kalangan pemain tempatan.

Jelasnya, walaupun majoriti daripada pasukan itu merupakan pemain baharu, beliau percaya bakat generasi muda itu dapat diketengahkan sekali gus melahirkan pemain yang berkualiti.

"Kalau pemain import ini sampai lewat sudah tentu dari segi taktikal permainan pasukan dan juga keserasian dan persefahaman antara pemain tempatan dan pemain baharu yang masuk itu menyesuaikan diri dengan keadaan di sini dan liga di sini, jadi itu lah keadaan kita sekarang tapi walau bagaimana pun kita akan buat yang terbaik supaya pemain baharu import dapat sesuaikan diri dengan secepat mungkin yang boleh dan juga boleh bantu pasukan dalam persaingan awal musim ini," kata beliau ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan NSFC dengan Terengganu FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini.

(Foto FB Negeri Sembilan Football Club)

Dalam pada itu, pasukan itu masih lagi belum memutuskan pemain import yang akan digunakan pada saingan nanti.

Sementara itu, ketua pasukan, Mohd Zaquan Adha Abd Razak yakin perlawanan persahabatan pra musim itu dapat memberi pendedahan dan mempersiapkan pasukan itu dalam mencari keserasian bermain bersama pemain import.

Media Baharu