fb fb fb fb fb

Manchester United tandatangani Sabitzer secara pinjaman

(FOTO FB /fabrizioromanoherewego)

LONDON, 1 Februari-Manchester United mengumumkan pasukan tersebut telah menandatangani perancang Bayern Munich, Marcel Sabitzer secara pinjaman.

Sabitzer dibawa United sebagai pengganti kepada Christian Eriksen yang terpaksa berehat sehingga Mei depan ekoran kecederaan buku lali.

Sabitzer sebelum ini pernah bermain buat RB Leipzig dan memenangi 68 caps buat Austria.

Menurut Sabitzer, dia tidak sabar untuk membantu 'Red Devils' mencapai sasaran yang ditetapkan kelab itu.

"Ini merupakan peluang yang ditunggu-tunggu dan saya tidak sabar bagi membantu pasukan mencapai sasaran ditetapkan musim ini", katanya.

Pengarah Kelab Manchester United, John Murtough pula percaya kehadiran Sabitzer mampu memberikan impak yang diharapkan oleh pasukan berkenaan.

"Kelab (Manchester United) telah lama memantau perkembangan Sabitzer. Kami percaya dengan kemampuan yang dimilikinya mampu memberikan impak buat pasukan", ujar Murtough.

Ketika ini, Manchester United berada di kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris dan merupakan pilihan untuk ke final Piala Liga-AFP


(Bintang Austria, Marcel Sabitzer dipinjamkan ke Manchester United sehingga akhir musim
/FOTO AFP)

Media Baharu