fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah pemilihan Datuk Hamidin sebagai Ahli Majlis FIFA

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia.

Perdana Menteri berharap pelantikan itu akan membawa nafas baharu kepada bola sepak negara.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mengucapkan selamat bertugas kepada Hamidin.

"Datuk Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-20271 pada Kongres AFC ke-33, di Pusat Konvensyen Teluk di sini.

Beliau yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Jun AFC, menerima 30 undian," menurut catatan facebook tersebut.

Hamidin antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia.

(PM ucap tahniah pemilihan Datuk Hamidin sebagai Ahli Majlis FIFA/AFP)

Media Baharu