fb fb fb fb fb

F1 GP Monaco: Verstappen kukuhkan kedudukan sebagai pendahulu

(FOTO AFP)

MONACO, 29 Mei- Max Verstappen mendahului dari kedudukan petak utama hingga ke akhir perlumbaan untuk memenangi Grand Prix Monaco pada Ahad dan meningkatkan kedudukannya dalam kedudukan pemandu Formula One.

Pemandu Red Bull dari Belanda itu menamatkan aksi dengan selesa di hadapan veteran Sepanyol Fernando Alonso yang memandu jentera Aston Martin manakala pemandu Perancis Esteban Ocon ketiga.

"Sangat bagus untuk memenanginya seperti yang kami lakukan hari ini dengan keadaan cuaca, kekal tenang dan bawa pulang kejuaraan,”kata Verstappen.

Pencabar terdekat Verstappen dalam kedudukan pemandu, rakan sepasukannya Sergio Perez yang bermula di belakang grid bagaimanapun gagal mengutip sebarang mata apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-16.

Dalam perlumbaan yang dimeriahkan oleh beberapa siri ‘sentuhan’ antara jentera dan hujan sekejap-sekejap, pasangan Mercedes Lewis Hamilton dan George Russell, berada di tempat keempat dan kelima, dengan pelumba tuan rumah, Charles Leclerc di tempat keenam untuk Ferrari.

"Max memandu dengan sangat baik," kata Alonso, yang bermula di barisan hadapan. "Kami tidak mempunyai sebarang peluang.” -AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu