fb fb fb fb fb

Evans cemerlang di Rali Chile

Pemandu Wales, Elfyn Evans /Foto REUTERS

SANTIAGO, 14 September - Pelumba Wales, Elfyn Evans mempamerkan pemanduan cemerlang dalam keadaan hujan lebat untuk merampas tangga teratas Rali Chile selepas tiga peringkat pada Sabtu.

Evans, yang kini mendahului kedudukan keseluruhan Kejuaraan Rali Dunia (WRC), bangkit daripada kedudukan kelima untuk menamatkan saingan dengan kelebihan 5.6 saat berbaki tujuh peringkat.

Rakan sepasukannya dan juara dunia lapan kali Sebastien Ogier, melonjak ke tempat kedua selepas memintas pendahulu sebelum ini, Adrien Fourmaux, manakala pelumba Hyundai, Thierry Neuville jatuh ke tangga keempat akibat masalah tayar.

Sementara itu, pelumba M-Sport Ford, Josh McErlean dan pelumba tuan rumah Alberto Heller, tidak sempat menamatkan peringkat pembukaan selepas berdepan masalah teknikal. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD