LONDON,11 Jun- Hampir keseluruhan pemain skuad England Euro 2024 kendalian Gareth Southgate tidak pernah bermain di kejohanan-kejohanan besar, namun mereka berhak untuk bermain dan mempunyai pengalaman untuk menempa kejayaan di Euro 2024, kata ketua pasukannya, Harry Kane.
Southgate mengenepikan beberapa pemain senior seperti Harry Maguire yang mempunyai penampilan sebanyak 63 kali disamping Jack Grealish 36 kali bagi menghadapi kejohanan Euro kali ini.
"Saya rasa skuad yang ditampilkan kali ini mempunyai cukup pengalaman", kata Kane kepada media Inggeris.
"Terutamanya kepada para pemain yang telah bermain dalam dua atau tiga kali kejohanan. Mereka akan terus menjadi pemain baharu dan layak untuk terus berada dalam skuad England.
"Kepada para pemain yang diketepikan, ia adalah sesuatu yang menyedihkan.Pengurus perlu membuat keputusan yang sangat sukar", katanya.
"Semua yang dipilih mempunyai hak untuk berada dalam skuad ini.Setiap pemain membawa kelainan kepada pasukan.Kita memerlukan mereka semua sekiranya kita ingin bergelar juara", tambah Kane.
Kane yang juga penyerang Bayern Munich kembali disenaraikan dalam skuad 'Three Lions' selepas bergelut dengan kecederaan belakang pada penghujung musim lepas.
Dia diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan persahabatan menentang Bosnia Herzagovina dan Iceland menyaksikan England tewas 1-0 Jumaat lalu.
"Saya berada dalam keadaan baik", katanya apabila ditanya tentang tahap kecergasannya. Perancangannya adalah untuk bermain selama 60 minit pada aksi menentang Iceland.
"Mendapat minggu latihan yang baik selama 30 minit dan beberapa hari latihan menyebabkan saya lebih bersedia dalam dalam keadaan yang baik", ujar Kane.
England bakal memulakan kempen Euro 2024 dalam Kumpulan C dan akan menentang Serbia pada perlawanan pertama pada 16 Jun ini.-REUTERS