TBILISI, 27 Mac - Georgia berjaya mencipta sejarah apabila mara ke pusingan akhir Euro di Jerman apabila menewaskan Greece menerusi hasil sepakan penalti 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat permainan.
Kemenangan tersebut merupakan kemaraan kali pertama buat negara Kaukasus yang sering dilanda konflik itu.
Kejayaan itu turut membolehkan skuad itu menghuni kumpulan F disamping Portugal, Turkeye dan Republik Czech di kejohanan yang bakal membuka tirainya pada 14 Jun depan.
Pemain tengah Georgia, Khvicha Kvaratskhelia menyifatkan kejayaan mara buat kali pertama ke kejohanan Euro selepas 15 kali mencuba.
"Sesetengah para peminat tidak percaya kami akan mampu melayakkan diri. Tetapi kini mereka mulai mempercayainya.
"Kami sangat gembira. Saya tidak pernah mengalami perasaan seperti ini kata Kvaratskhelia kepada 1TV Sport.
Sementara itu,bekas juara Eropah 2004, Greece terus mempamerkan aksi hambar apabila gagal melayakkan diri pada kejohanan Piala Dunia dan Euro 2024.-REUTERS