fb fb fb fb fb

Espanyol tewaskan Rayo, lonjak ke tangga kelima La Liga

BARCELONA, 8 Disember - Espanyol meneruskan prestasi cemerlang musim ini selepas menewaskan Rayo Vallecano 1-0 di RCDE Stadium, Cornella, pada Ahad.

Gol penalti Roberto Fernandez pada separuh masa pertama memastikan kemenangan ketiga berturut-turut dalam liga untuk pasukan kendalian Manolo Gonzalez.

Espanyol kini menduduki tangga kelima, ketinggalan empat mata di belakang Atletico Madrid yang berada di tangga keempat, dengan satu perlawanan kurang daripada pasukan Diego Simeone itu.

Rayo terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Unai Lopez dilayangkan kad merah kedua, manakala Espanyol juga menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Tyrhys Dolan menerima kad kuning kedua.

Penyerang veteran Kike Garcia menjaringkan gol pada 10 minit terakhir, tetapi dibatalkan kerana offside.

Hari ini, Real Madrid akan menentang Celta Vigo, cuba mengejar kelebihan empat mata pasukan Barcelona di tangga teratas selepas menewaskan Real Betis 5-3 Sabtu lalu.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH