fb fb fb fb fb

Eriksen sah milik The Red Devils

MANCHESTER, 16 Julai- Pemain kebangsaan Denmark, Christian Eriksen akhirnya memilih Manchester United sebagai kelab terbaharunya.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan bahawa bekas pemain Tottenham Hotspur tersebut telah melengkapkan proses menandatangani kontrak selama tiga tahun di Old Trafford.

Eriksen menjadi pemain kedua yang ditandatangani United dalam jendela perpindahan kali ini selepas mendapatkan pemain pertahanan, Tyrell Malacia dari Feyenoord.

""Manchester United adalah kelab istimewa dan saya tidak sabar untuk memulakan musim bersama mereka.

"Saya mempunyai keistimewaan bermain di Old Trafford berkali-kali tetapi apabila dapat beraksi dengan jersi baju merah United, ia adalah satu perasaan yang amat menakjubkan," kata Eriksen.


(Foto FB MU)

Sebelum ini terdapat beberapa kelab menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain tersebut termasuk bekas kelab lamanya Brentford serta Tottenham namun United terlebih dahulu mengumumkan ketibaan pemain tersebut.

Menurut Eriksen, dia memilih untuk bersama United kerana kelab itu dianggap istimewa selain mempunyai sejarah hebat tersendiri.-AFP

Media Baharu