fb fb fb fb fb

Chelsea ikat Koulibaly empat tahun

Foto FB Chelsea

LONDON, 16 Julai- Chelsea telah melengkapkan pembelian pemain pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly dengan kontrak 4 tahun.

The Blues dilapor membelanjakan £32 juta pound untuk membawa pemain Napoli tersebut ke Stamford Bridge.

Koulibaly merupakan pemain kedua yang dibawa masuk di bawah pemilik baharu selepas Raheem Sterling.

Menurut pemain tersebut, dirinya pernah dilamar kelab sama pada 2016, namun ketika itu kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan.

Kehadiran Koulibaly akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Antonio Rudiger dan Andreas Christensen.

Koulibaly telah membuat 317 penampilan bersama Napoli dan membantu kelabnya menjulang dua kejuaraan.

Kehebatannya juga diiktiraf apabila disenarai di dalam Kesebelasan Terbaik Serie A sebanyak empat kali dan dinamakan Pemain Pertahanan Terbaik liga pada musim 2018-2019.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu