fb fb fb fb fb

EPL : West Ham seri lagi

FOTO AFP

LONDON, 4 Januari- West Ham United terlepas kemenangan keempat berturut-turut apabila seri 0-0 di laman sendiri kepada Brighton & Hove Albion pada perlawanan yang berlangsung pada Rabu.

Bagaimanapun hasrat Brighton untuk memintas West Ham tidak kesampaian dan berkongsi 31 mata dengan pasukan Manchester United di kedudukan ke tujuh.

Pemain tengah, Pascal Gross mempunyai peluang meletakkan Brighton di depan sebelum separuh masa pertama namun tandukkannya berjaya diselamatkan penjaga gol Alphonse Areola.

Kedua-dua pasukan berusaha mencipta peluang untuk menghasilkan jaringan pada selepas memasuki babak kedua perlawanan.

Kebuntuan gol berakhir ke wisel penamat perlawanan dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

Keputusan tersebut meletakkan West Ham berada di kedudukan keenam dengan 34 mata daripada 20 perlawanan.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD