fb fb fb fb fb

Anson, Jing Xuen dominasi Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023

Pemain golf remaja negara, Anson Yeo

KUALA LUMPUR, 4 Januari- Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023 (JJM2023) yang telah melabuhkan tiarinya baru-baru ini menobatkan dua pemain Malaysia, Anson Yeo dan Jing Xuen sebagai juara keseluruhan bagi kategori lelaki dan perempuan.

Kejohanan bertaraf antarabangsa itu dianjurkan oleh Southern Amateur Golf Club (SAGC) dan mendapat perkenan Yang Amat Mulia Tunku Aris Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris selaku Presiden Johor Golf Association (JGA).

JJM dalam satu kenyataan memaklumkan, acara yang berlangsung selama tiga hari di The Els Club, Desaru Coast, Johor Darul Ta’zim pada 27 hingga 29 Disember lalu itu turut disokong oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA), Kementerian Belia dan Sukan dan Tourism Johor.

“Pemain daripada 10 negara menyertai JJM2023 antaranya Malaysia, Thailand, Singapore, Vietnam, India, China, Indonesia, Korea, Amerika Syarikat dan Kanada.

“Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu memberikan cabaran kepada pemain di dalam kejohanan ini,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, bagi kategori lelaki A, Anson Yeo berjaya merangkul kejuaraan tersebut selepas meninggalkan pesaing terdekatnya yang juga rakan senegara, Rizq Adam Rohizam dengan kelebihan enam pukulan.

Menurut kenyataan itu, dengan mencatatkan eagle di lubang ketiga dan birdie di lubang ke-18, beliau mengukuhkan kedudukannya sebagai juara keseluruhan kategori lelaki dalam kejohanan tersebut.

“Kemenangan ini dicapai selepas mengatasi pemain India, Kartik Singh daripada kategori lelaki B dengan kelebihan dua pukulan,” katanya.

Dalam pada itu, bagi kategori perempuan pula, dengan berbekalkan enam pukulan sebelum bermulanya hari terakhir kejohanan, Jing Xuen memastikan beliau layak merangkul kejuaraan untuk kategori B dan keseluruhan dengan menewaskan pemain China, Ren Yijia.

 

0401 JJM2Pemain golf remaja negara, Jing Xuen

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE