fb fb fb fb fb

La Liga: Girona terus ekori Real Madrid

FOTO FB BleacherReportFootball

GIRONA, 4 Januari- Girona meneruskan musim menakjubkan selepas menang ke atas Atletico Madrid 4-3 dalam perlawanan mendebarkan pada Rabu.

Jaringan Ivan Martin pada minit akhir perlawanan memastikan Girona berkongsi mata dengan pendahulu, Real Madrid 48 mata.

Pada perlawanan tersebut, Girona terlebih dahulu berada di depan apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-2 menerusi Valery Fernandez.

Alvaro Morata menyamakan kedudukan buat Atletico Madrid pada minit ke-14.

Strategi Girona yang bermain dengan taktik 'high pressing' berjaya membuahkan hasil apabila pasukan tersebut sekali lagi berjaya mendahului Atletico Madrid pada minit ke-26 melalui Savio yang memanfaatkan kesilapan pemain Atletico Madrid, Koke yang kehilangan bola.

Girona terus menghukum kelalaian pertahanan Atletico Madrid dengan gol ketiga menerusi pertahanan antarabangsa Belanda, Daley Blind pada minit ke-39.

Alvaro Morata merapatkan jurang dengan gol kedua seminit sebelum rehat bagi menjadikan kedudukan 3-2.

Bersambung babak kedua, Atletico menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan dan hasilnya Alvaro Morata berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-54.

Ivan Martin meranapkan harapan Atletico Madrid bagi membawa pulang satu mata apabila menjaringkan gol pada minit ke-90 bagi menjadikan kedudukan 4-3.

Kekalahan tersebut meletakkan Atletico Madrid di tangga ketiga liga dengan 38 mata ketinggalan 10 mata di belakang Girona dan Real Madrid.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD