fb fb fb fb fb

EPL: Prestasi buruk Liverpool berterusan

FOTO AFP

LIVERPOOL, 23 November - Liverpool terus mempamerkan aksi buruk musim ini selepas dimalukan oleh Nottingham Forest 3-0 di laman sendiri pada Sabtu.

Pada perlawanan tersebut, juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu dikejutkan dengan gol pembukaan Nottingham Forest pada minit ke-33.

Gol hasil rembatan padu Murillo hadir berpunca dari kegagalan pertahanan tuan rumah mengeluarkan bola hasil sepakan sudut Elliot Anderson.

Keadaan itu menyebabkan pengurus Liverpool, Arne Slot berang selepas mendakwa pemain Forest, Dan Ndoye menghalang penglihatan penjaga gol, Alisson Backer.

Namun pengadil membenarkan gol tersebut untuk membolehkan Nottingham Forest mendahului tuan rumah 1-0.

Pasukan bimbingan Sean Dyche itu menggandakan kedudukan pada minit ke-46 menerusi Nicolo Savona yang menyudahkan hantaran lintang rendah Neco Williams.

Kedudukan 2-0 menyebabkan pertahanan Liverpool semakin hilang punca dan menyebabkan Nottingham Forest berjaya mendapatkan gol ketiga menerusi Morgan Gibbs-White pada minit ke-78.

Liverpool kini menduduki tangga ke-11, lapan mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.

Manakala Nottingham Forest di tangga ke-16 liga. - AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD