LONDON, 23 November - Dua jaringan masing-masing oleh Pedro Neto dan Enzo Fernandez memastikan Chelsea menewaskan pasukan bergelut, Burnley 2-0.
Bermain di lawan lawan, Chelsea membuka jaringan pada minit ke-37 menerusi tandukan Netto hasil hantaran silang Jamie Gittens.
Tuan rumah Burnley, dilihat longlai selepas gagal menghasilkan sebarang percubaan pada separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, Burnley cuba mengasak dan memberi tekanan terhadap Chelsea, namun gagal menghasilkan percubaan berbahaya bagi menguji benteng pertahanan pasukan lawan.
Chelsea akhirnya mengesahkan tiga mata penuh menerusi jaringan Enzo Fernandez dua minit sebelum perlawanan tamat.
Kemenangan itu bermakna skuad 'the blues' kini memungut 23 mata dan hanya dibezakan tiga mata dibelakang pendahulu liga, Arsenal. - REUTERS