LONDON, 7 November- Hasrat Tottenham Hotspur untuk melebarkan kedudukan di takhta liga tidak kesampaian, apabila tumbang kepada Chelsea 4-1.
Tottenham yang dibimbing Ange Postecoglou melancarkan serangan awal bagi memburu gol awal.
Kerja keras 'Spurs' berhasil apabila pemainnya, Dejan Kulusevski berjaya menjaringkan gol pada minit ke-6 bagi menceriakan para penyokong tuan rumah.
Bagaimanapun, kekasaran yang dilakukan Cristian Romero ke atas Enzo Fernandez dalam kotak penalti pada minit ke-31 menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepada Romero, sekali gus menghadiahkan Chelsea sepakan penalti.
Sepakan penalti itu mudah disempurnakan Cole Palmer pada minit ke-35 bagi menyamakan kedudukan 1-1 sehingga rehat.
Bersambung babak kedua, Tottenham Hotspur yang terpaksa bermain dengan 10 pemain menampilkan corak permainan berdisiplin bagi mengekang asakan 'The blues'. namun, nasib malang terus menimpa 'Spurs' apabila pemain pertahanan kirinya, Destiny Udogie diperintahkan keluar padang setelah mengutip kad kuning kedua pada minit ke-55.
Keadaan tersebut di manfaatkan Chelsea bagi melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu Tottenham Hotspur.
Penyerang Chelsea, Nicolas Jackson menggandakan kedudukan menerusi jaringan hatrik pada minit ke-75, 94, dan 95.
Kemenangan bergaya 4-1 itu meletakkan Chelsea di tangga ke-10 liga dengan 15 mata, manakala Tottenham di tangga kedua dengan 26 mata.-REUTERS