fb fb fb fb fb

ACL 2023: JDT raih kemenangan bergaya, tewaskan Ulsan 2-1

Foto FB JOHOR Southern Tigers

JOHOR BAHRU, 7 November - Johor Darul Takzim (JDT) mencipta kejutan menewaskan juara K-League Ulsan Hyundai FC, 2-1 dalam aksi Kumpulan Satu saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Pada aksi tersebut, pemain gantian JDT, Akhyar Rashid muncul wira apabila jaringannya pada minit ke-86 berjaya memastikan tiga mata milik JDT untuk berkongsi enam mata dengan Ulsan Hyundai dibelakang Kawasaki Frontale.

JDT yang memburu kemenangan bagi meneruskan pemburuan ke pusingan seterusnya, bermula garang dengan beberapa kali menguji pertahanan pelawat. 

Ulsan Hyundai juga berjaya menguji keampuhan JDT terutama penjaga gol, Syihan Hazmi namun gagal mencipta jaringan

Menuju penghujung babak pertama, percubaan jarak jauh Heberty De Andrade gagal diselamatkan Jo Hyeon Woo untuk meletakkan JDT di depan.

Minit ke-69 menyaksikan pasukan lawan berjaya mengikat kedudukan satu sama.

Ketika permainan seperti berkesudahan dengan keputusan seri, pemain gantian Akhyar Rashid tenang merembat bola untuk menewaskan Hyeon Woo buat kali kedua pada minit ke-86.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN