fb fb fb fb fb

Enzo Maresca, pengurus baharu The Blues

Pengurus baharu Chelsea, Enzo Maresca

LONDON, 3 Jun- Chelsea pada Isnin melantik bos Leicester Enzo Maresca sebagai pengurus baharu mereka dengan perjanjian selama lima tahun bagi menggantikan kerusi yang ditinggalkan Mauricio Pochettino.

Bekas pemain Itali itu, dilantik oleh Foxes pada Jun 2023 dan membawa mereka merangkul trofi Liga Kejuaraan musim lalu.

Chelsea berkata mereka "teruja dan mengalu-alukan Enzo ke dalam keluarga Chelsea".

"Beliau adalah jurulatih yang berbakat tinggi yang kami yakin dapat membantu memenuhi visi dan matlamat kompetitif untuk kelab," kata kelab itu.

Pochettino meninggalkan Stamford Bridge atas persetujuan bersama bulan lalu.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE